background

Wednesday, October 27, 2010

...::BUNGA IDAMAN::...

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu.

Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.

Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.

Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.

Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.

Aku mula bermonolog..

Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...

"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.


...::PENYAKIT EXAMINITIS MENYERANG LAGI::...


Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? Hilang fokus?

Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyerang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi.

Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan.

Begitu juga dengan penyakit examinitis ini.

Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.

Nama saintifik :

Examinitis

Golongan sasar yang mudah dijangkiti :

Semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun

Most vulnerable :

1. Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja

2. Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan

Tanda-tanda awal :

1. Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)

o Tidak mendapat keputusan yang diharapkan

o Mencuba tetapi masih merasa hampa

o Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri

o Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif)

2. Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan

Bagi sesiapa yang mengidapnya, di sini disertakan beberapa kaedah rawatan tradisional yang tidak luput ditelan zaman semenjak ratusan tahun yang lampau.

1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus

o Berikut disertakan sebahagian checklist analisa;

• Keikhlasan niat dan perbuatan

• Usaha yang tersusun dan berterusan

• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal

• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah

2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Sunday, October 3, 2010

...:: WARNA DAN PERSONALITI ::...


  • Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi
  • Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.
  • Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
  • Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
  • Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .
  • Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
  • Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
  • Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
  • Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.
  • Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.
  • Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
  • Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Friday, October 1, 2010

...:: PENGARUH WARNA MENGIKUT HARI ::...

ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan)
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani)
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan)
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga)
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman)
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan)
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan)

Isnin

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa

Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata.Adalah disarankan agar anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.

Rabu

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroi seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi .

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan
Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan member kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung ) dan respirasi (Paru-paru ) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Ot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Defisini Resonan Warna Hari

Resonan bermaksud " mach," sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari.

Hari Isnin kenakan pakaian Putih.
Hari Selasa pakaian Pink atau Violet
Hari Rabu pakaian Biru.
Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren.
Hari Jumaat pakailah Hijau.
Hari Sabtu pakaian Merah.
Hari Ahad pakailah Hitam.

Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.
Semoga anda bergembira dengan pakaian kegemaran yang dikenakan mengikut warna yang resonan terhadap hari.