background

Thursday, October 20, 2011

..:: KELEBIHAN MENJADI WANITA::..




LELAKI....

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala....dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh.


BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,Manakala wanita tidak, wanita hanya perlu taat kepada sua
minya. Isteri berbuat baik.... pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki..... lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.......Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu.....


WANITA ...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki...




Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pad
a isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lela

ki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


Monday, February 21, 2011

...::JAGA AURAT::...

sabtu dan ahad lepas saya telah mengikuti kursus pra-perkahwinan (persediaan je..hehehe)
dan saya dapati begitu ramai yang dalam konteks menjaga aurat tetapi sebenarnya tidak.

hah?pening dah???hahaha...=]

sbnrnye mereka ni menutup aurat tetapi berpakaian yang jarang atau menunjukkan tubuh badan
mengikut Islam, perkara ini dilarang

dan satu lagi, mereka yang menunjukkan sanggul yang tinggi di kepala
wat pe tgi2 sgt???bersederhana sudaaaaahhhh~
kan Islam mengutamakan kesederhanaan..

Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).

Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.


Thursday, February 10, 2011

...:: FIRASAT TENTANG TAHI LALAT ::...


tahi lalat kan pemanis wajah? ye ke?? emhhh..mungkin jgak (kalau org xsuka tahi lalat sendiri maknenye mereka tak menganggap tahi lalat sebagai pemanis wajah ok? bergantung kepada diorg laaa....)rahsia tahi lalat??opppssss..penting ke??sebenarnya saya tak nak cakap samada firasat ini betul atau tidak cuma saja2 nak berkongsi..huhuhu.mana tau ade yang same ke? xpun buat2 macam sama kalau firasat tu ala2 best je...=]

jom tgok!!!!!


Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana

Sunday, January 16, 2011

..:: KOTAK KASIH UNTUK AYAH ::..


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung daripada beliau.

"Untuk apa?", tanya si ayah. "Nak bungkus hadiah", jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya", pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah... ada hadiah untuk Ayah."

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."

"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

"Hadiah apa ni?"

"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak Ayah, ada isi tu... tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya lalu dipeluk dan diciumnya.

"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.

Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun dan menganggapnya sebuah kotak kosong.

Rujukan: Petikan artikel dari thread Komuniti iluvislam.com bertajuk Kotak Berisi Kasih


Tuesday, January 11, 2011

..:: 10 PETANDA DIA JODOH KITA ::..



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Monday, November 29, 2010

...::LELAKI DAN PEREMPUAN PERLU TAHU::...

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Sumber: Ridzuan Azmi

Friday, November 26, 2010

...:: KHASIAT COKLAT ::...


Kebanyakkan kita sukakan coklat..emmm..sedapnyerrrr..saya juga sukakan coklat. Ada pelbagai jenis coklat yang dijual di pasaran. tapi, tahukah kita akan apakah yang ada di dalam coklat dan apakah kebaikan kita memakan coklat??

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.


Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.